Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu, ramai pihak meluahkan hasrat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.
Antara alasan yang dikemukakan pihak berkenaan adalah disebabkan desakan hidup yang sukar akibat inflasi, pengurangan pendapatan dalam sektor pekerjaan dan tunggakan hutang pasca pandemik Covid-19.
Mereka mengemukakan tuntutan memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP dengan jumlah sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’, atau pengeluaran secara bersasar untuk kali terakhir.
Jika ia dibenarkan, ia adalah pengeluaran wang KWSP yang keempat, selepas i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, dibawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar bagaimanapun memaklumkan permintaan itu perlu dipertimbangkan dengan wajar terutamanya kesan jangka panjang kepada wang persaraan pencarum.
Ia terpulang kepada setiap individu. Pasca pandemik ini, ramai yang masih merasai kesannya, tambahan pula dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur sejak tahun lalu.
Bagi mereka yang menyokong pengeluaran khas KWSP ini, satu petisyen telah dilancarkan pada 14 Julai tahun lalu. Ia mensasarkan sokongan daripada sejuta rakyat Malaysia.
Semoga kerajaan mendengar keluhan dan denyut nadi rakyat yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan setiap hari.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more
Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more