Good news for pencarum KWSP dimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ada memperkenalkan pengeluaran bersyarat untuk urusan peribadi setiap pencarum.
Ianya dinamakan sebagai "Pengeluaran Sebahagian" dimana anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda menggunakan akaun 2 dengan syarat yang ada pada setiap jenis pengeluaran tersebut.
Antara 11 Jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan adalah:
- Mencapai Umur 50 Tahun
- Pendidikan
- Membeli Rumah
- Bina Rumah
- Kurangkan / Seleaikan Baki Pinjaman Rumah
- Bayar Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Beli Rumah Pr1ma
- Tunaikan Ibadah Haji
- Kesihatan
- Simpanan 1 Juta
Setiap jenis pengeluaran diberikan adalah bersyarat, namun kelebihannya anda boleh keluarkan pada saat pada bila-bila masa jika kena dengan jenis pengeluarannya.
Borang Permohonan & Syarat Pengeluaran KWSP
UMUR 50 TAHUN
Pengeluaran Dari Akaun 2 Jika Anda Dah Mencapai Umur 50 Tahun Bagi Tujuan Persiadaan Persaraan.
Borang & Syarat Pengeluaran
PENDIDIKAN
Pengeluaran Dari Akaun 2 Untuk Tujuan Pendidikan Diri Sendiri Pasangan (suami/isteri), Anak-Anak dan/atau Ibu Bapa.
Borang & Syarat Pengeluaran
KURANGKAN/SELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
Untuk Tujuan Mengurang atau Menyelesaikan Bebanan Baki Pinjaman Rumah Pencarum.
Borang & Syarat Pengeluaran
PERUMAHAN FLEKSIBEL
Bagi menguatkan lagi had kelayakan pinjaman perumahan dari institusi perumahan untuk anda lebih mudah.
Borang & Syarat Pengeluaran
KESIHATAN
Untuk Menampung Kos Perbelanjaan Perubatan atau/dan Peralatan Perubatan Yang Diluluskan, Juga Rawatan Kesuburan.
Borang & Syarat Pengeluaran
SIMPANAN 1 JUTA
Ahli Yang Melebihi 1 Juta Simpanan Boleh Membuat Pengeluaran & Mengurus Sendiri Lebihan Simpanan.
Borang & Syarat Pengeluaran
Terima kasih kerana membaca info berkaitan pengeluaran KWSP ini, Semoga ada jenis pengeluaran yang dapat membantu meringankan sedikit sebanyak bebanan kehidupan anda dan permohonan anda dapat diluluskan.
Sumber : KWSP Withdrawal