➭ Ditulis Oleh : 
admin
➭ Kategori :

Pengeluaran Penuh Kwsp Bersyarat Kini Dibenarkan – Semak Sekarang!!

Dikeluarkan Pada : 
February 17, 2023

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika pandemik Covid-19 melanda negara dahulu merupakan antara usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan.

Peranan KWSP sebagai pusat penyimpanan wang persaraan menyebabkan ia dilihat sebagai 'ikhtiar akhir' kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Baru-baru ini, timbul desakan daripada segelintir pihak yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP 2.0 bagi membantu rakyat, khususnya ketika ekonomi negara masih belum kukuh pasca pandemik ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat perkara itu sebagai hanya penyelesaian jangka masa pendek, selain bakal memberi kesan kepada wang persaraan mereka yang kurang berkemampuan.

Tahukah anda, KWSP ketika ini Masih membenarkan pengeluaran penuh , namun dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Antaranya:

  1. Pekerja yang berpencen/bersara pilihan
  2. Berumur 55 tahun ke atas
  3. Hilang kewarganegaraan
  4. Hilang upaya
  5. Kematian

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian KWSP 03-8922 6000 atau mengunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

Semua pejabat cawangan KWSP dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.


March 4, 2023
[TERKINI] Jumlah Dividen KWSP 2022 Untuk Pencarum

Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more

Read More
March 2, 2023
[RASMI] KEMASKINI & Pendafataran Baru STR 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more

Read More
February 27, 2023
[TERKINI] Senarai Bantuan Tentang KWSP Dalam Bajet 2023 - Baca Sini!!

Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more

Read More
™Trademark ©Copyright 2023 All rights reserved
Privacy Policy | Terms & Conditions | Cookies ConsentContact Us
Disclaimer: Legal information is not legal advice, read the disclaimer.