Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah antara inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan bagi membantu golongan B40 dan M40.
Program bantuan tunai rakyat yang dijenamakan semula itu diumumkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet Mini 2023, Disember tahun lalu.
Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran STR bagi Fasa 1 dipercepatkan iaitu pada Januari, berbanding jadual sepatutnya pada Mac ini.
STR Fasa 1 membabitkan tiga kategori penerima iaitu isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah, warga emas, dan bujang. Bagi isi rumah menerima RM300, dan RM100 kepada warga emas dan bujang.
Kerajaan telah pun selesai mengagihkan STR Fasa 1 secara berperingkat pada 16 Januari lalu kepada 8.7 juta penerima ke dalam akaun bank masing-masing atau secara tebus tunai di kaunter BSN.
Difahamkan, tarikh pemberian STR Fasa 2 akan diumumkan oleh Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.
Semakan status kelayakan penerima boleh dibuat menerusi pautan berikut https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more
Kerajaan Perpaduan menunaikan janjinya apabila mengumumkan beberapa inisiatif baharu selain ... Read more