Golongan warga emas adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Mereka merupakan aset penting kepada negara kerana telah banyak berjasa dan berpengalaman dalam pelbagai bidang. Golongan warga emas memerlukan perhatian, bantuan, dan penghargaan daripada masyarakat.
Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di "World Assembly On Ageing 1982" di Vienna.
TUJUAN BANTUAN GOLONGAN WARGA EMAS DI BUAT
Tujuan kerajaan terhadap bantuan untuk golongan warga emas adalah:
Untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Bertujuan untuk mengoptimumkan potensi diri golongan warga emas melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.
SENARAI BANTUAN GOLONGAN WARGA EMAS 2023
Terdapat 7 jenis bantuan kerajaan kepada golongan warga emas di Malaysia, antaranya ialah :
BANTUAN WARGA EMAS (BWE) :
Bantuan BWE ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar bayaran (BWE) : RM500 sebulan seorang.
Bantuan SARa ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai "Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalambentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless). SARa adalah salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan.
Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.
Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewanganapabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah berumur 40 tahun dan keatas dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan (PERCUMA) dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
Bayaran tunai harian merupakan bantuan yang menawarkan bayaran tunai harian kepada warga emas di Malaysia. Kadar bayaran tunai : RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (setahun). Warga emas yang ditahan wad di hospital kerajaan atau swasta akan menerima pampasan sebanyak RM50 sehari dengan maksimum 14 hari setahun.
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran. Penerima STR dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik peprubatan swasta yang berdaftar.
MANFAAT BANTUAN KERAJAAN TERHADAP GOLONGAN WARGA EMAS DI MALAYSIA
Antara manfaat bantuan kerajaan terhadap golongan warga emas di Malaysia yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, kesihatan dan sosial untuk membantu golongan warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Antara bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan adalah Bantuan Warga Emas (BWE), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Kewangan Lain (BKL) dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara atau portal rasmi yang berkaitan.
Antara bantuan kesihatan yang ditawarkan oleh kerajaan adalah Skim mySalam, Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), Skim Perubatan MADANI dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta yang berdaftar dengan skim tersebut, hospital kerajaan atau portal rasmi yang berkaitan.
Antara bantuan sosial yang ditawarkan oleh kerajaan adalah Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Program Pemulihan Komuniti (PPK) dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara atau portal rasmi yang berkaitan.
Kerajaan berharap bantuan-bantuan ini dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas yang memerlukan dan menghargai sumbangan mereka kepada negara.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Sumbangan asas rahmah 2024 sara merupakan inisiatif dari kesinambungan SARA yang diberikan kepada 200 ribu penerima STR dengan mengkreditkan RM100 ringgit ke dalam myKad mereka setiap bulan selama enam bulan sebelum ini. Dengan adanya SARA, mereka yang dapat boleh membeli barangan asas rumah di kedai yang terpilih dengan menggunakan MYkad sahaja. Mengambilkira maklum balas yang […]
Seperti yang dihebahkan sebelum ini, penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen bakal mendapat insentif pada tahun 2024. Menurut ucapan yang dibentangkan pada 13 oktober 2023. Bayaran tersebut akan mula dibayar seperti berikut. Bayaran ini akan disalurkan secara serentak menjelang penghujung Februari 2024, dengan tujuan untuk membantu meringankan […]
Boleh dikatakan ini bonus pesara untuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pada 2024 nanti, dalam masa kerajaan sedang mengkaji semula skim gaji dan elaun tetap untuk penjawat awam. Bayaran Insentif sebanyak 1,000 ringgit turut diperluaskan untuk diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk veteran yang bersara dan veteran yang tidak mempunyai pencen. Jumlah Insentif Yang […]