Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
Skim ini bertujuan memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjejaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.
TAKRIFAN SURI RUMAH
Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk:
Isteri
Ibu
Janda
Balu atau
Ibu Tungga
KADAR CARUMAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)
Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu (in advance).
Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
Sekiranya seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi memastikan suri rumah mendapat perlindungan yang berterusan.
Jika suami tidak berupaya untuk meneruskan caruman disebabkan hilang pendapatan dan sebagainya, PERKESO perlu dimaklumkan dalam tempoh 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada.
MANFAAT PERLINDUNGAN DIBAWAH SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)
SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran, di mana penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
MAKSUD BENCANA DOMESTIK
Bencana domestik adalah sejenis kemalangan yang boleh berlaku di dalam atau di luar rumah yang menyebabkan kecederaan diri kepada seseorang suri rumah akibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)
Warganegara Malaysia / pemastautin tetap.
Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR.
Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu.
TARIKH PERMOHONAN SKSSR BOLEH DIBUAT
Tarikh permohonan SKSSR boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi perlu dibayar terlebih dahulu untuk tempoh 12 bulan berturut-turut.
CARA MENDAFTAR UNTUK MEMOHON SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (SKSSR)
Pendaftaran SKSSR boleh dibuat di mana-mana pejabat PERKESO atau menerusi Portal Suri Rumah PERKESO suri.perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my.
Untuk mendaftar SKSSR secara ONLINE, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Sumbangan asas rahmah 2024 sara merupakan inisiatif dari kesinambungan SARA yang diberikan kepada 200 ribu penerima STR dengan mengkreditkan RM100 ringgit ke dalam myKad mereka setiap bulan selama enam bulan sebelum ini. Dengan adanya SARA, mereka yang dapat boleh membeli barangan asas rumah di kedai yang terpilih dengan menggunakan MYkad sahaja. Mengambilkira maklum balas yang […]
Seperti yang dihebahkan sebelum ini, penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen bakal mendapat insentif pada tahun 2024. Menurut ucapan yang dibentangkan pada 13 oktober 2023. Bayaran tersebut akan mula dibayar seperti berikut. Bayaran ini akan disalurkan secara serentak menjelang penghujung Februari 2024, dengan tujuan untuk membantu meringankan […]
Boleh dikatakan ini bonus pesara untuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pada 2024 nanti, dalam masa kerajaan sedang mengkaji semula skim gaji dan elaun tetap untuk penjawat awam. Bayaran Insentif sebanyak 1,000 ringgit turut diperluaskan untuk diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk veteran yang bersara dan veteran yang tidak mempunyai pencen. Jumlah Insentif Yang […]