Lagu rakyat menjadi begitu popular di Negeri Terengganu sekitar akhir 60-an dan berkembang pesat di sekitar daerah Kuala Terengganu. Diantara penggiat awal kategori nyanyian lagu rakyat ini ialah Tuan Haji Mazlan Embong yang pada waktu itu aktif bersama Kelab Darul Ehsan. Diantara lagu-lagu popular ketika itu termasuklah Ulek Mayang, Pintal Tali, Payang dan Ayun Buai Kokek. Diantara penggiat lain termasuklah Zamani Taha yang turut banyak menjuarai pertandingan nyanyian dan Mohd Dzariff Ismail. Nama penyanyi lagu rakyat Terengganu yang turut tersohor sehingga ke hari ini ialah saudara Ramli Ibrahim yang mula menyanyi pada tahun 1971. Beliau banyak menyanyi dan menyerta pelbagai pertandingan sewaktu bersama SUKTRA. Lagu-lagu ciptaanya banyak dirakam oleh SUKTRA. Beliau juga adalah pengamal, penyanyi lagu rakyat yang begitu tekun serta telah 90% menulis lirik lagu rakyat Terengganu yang berkumandang di sana sini. Diantara lagu-lagu nyanyian beliau termasuklah Watimang Landak, Anak Udang, Guana Gamok Terengganu Kita, Tikar Seludang dan Kokek Berkolek.
No.1399B, Gong Penaga,
Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu.
Tel : 019-9604044