Tarian Ya Abang disebut juga Yaa
Abang, terkenal di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Pada asalnya ia tarian
pemujaan bagi upacara mengembalikan semangat orang yang sakit dan menaikkan semangat
seseorang individu. Namun, pada hari ini tarian ini hanya untuk tujuan persembahan
dan hiburan sahaja.
Kononnya tarian ini bermula daripada
kisah persahabatan antara Batin Mina dan Mat Kemaman. Batin Mina dilanda ribut
yang dahsyat dan tidak berupaya menghadapinya lalu diselamatkan oleh Mat
Kemaman. Batin Mina amat terhutang budi pada Mat Kemaman lalu mengaku beliau sebagai
abang kandung sendiri. Demi membuktikan kata-katanya Batin Mina sanggup meminum
air daripada kain perca Mat Kemaman. Justeru, tarian ini dikatakan sebagai tanda
ingatan terhadap perhubungan yang akrab tersebut.
Tarian ini ringkas sahaja
dan tidak mempunyai banyak ragam. Bilangan penari tidak terhad dan penonton
juga boleh menyertai. Tarian ini juga diiringi dengan lagu-lagu oleh sepasang
pemantun lelaki dan perempuan.
Peralatan muzik
adalah gendang anak, gendang ibu serta gong. Para penari perempuah memakai baju
kurung dan selendang, manakala bagi penari lelaki pula adalah kain batik dan baju-T biasa sahaja.
Kampung Pulau Perhentian,
Besut,
Terengganu Darul Iman.
Tel : +6019- 9280257