Tarian Piring dipercayai berasal
dari Sumatera, Indonesia. Kejatuhan kerajaan Sri Wijaya di sana ke tangan Majapahit
pada kurun ke-16 menyebabkan tarian ini berkembang ke alam Melayu menerusi pelarian
Sri Wijaya.
Dipercayai tarian ini dibawa dari Kuala Lipis, Pahang kira-kira 100 tahun dahulu oleh En. Abdul Rani, lebih dikenali dengan nama Pak Anjang, untuk memeriahkan majlis-majlis di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun, Terengganu.
Tarian tradisional ini amat
popular khususnya di Kampung Pasir Raja, Kampung Jongok Batu serta Kampung
Kuala Jengai di Hulu Dungun, Terengganu. Dinamakan Tarian Piring kerana penari-penarinya
meletakkan sebuah piring kecil di setiap telapak tangan mereka. Sebentuk cincin
juga disarung pada jari telunjuk dan sewaktu persembahan berlangsung mereka mengetuk
piring tersebut dengan cincin berkenaan bagi mengeluarkan bunyi.
Asalnya tarian ini hanya dipersembahkan
oleh kaum lelaki sahaja tetapi kini wanita juga terlibat sama namun
mempersembahkannya secara berasingan daripada kaum lelaki. Biasanya persembahan
dibuat sewaktu majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan, menyambut
para pembesar, dan pelbagai lagi.
Kampung Surau Kuala Jengal
23000 Dungun, Terengganu
Tel : 019-953 8661/ 019-900 8491