Saba bertapak dan berkembang di Kampung Kuala Jengal di Hulu Dungun,
Terengganu. Asalnya adalah upacara perubatan yang bertujuan untuk mengubati pelbagai
jenis penyakit. Saba mula dimainkan sekitar
300 tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional wanita iaitu Cek Mek Comot.
Saba adalah pohon yang diperbuat daripada pucuk kelapa muda yang digubah
dan disusun seperti sepohon pokok yang rimbun. Objek ini adalah wajib dalam upacara
Saba. Dikatakan pohon Saba ini melambangkan tempat turunnya dewa kayangan untuk
mengubati pesakit.
Mengikut kaedah perubatan Saba, terdapat perantara antara manusia di bumi
yang digelar Peduang dan dewa di kayangan digelar Muda Di Awan, yang berdiolog untuk
menjual beli pokok Saba tersebut bagi tujuan perubatan, dan membenarkan puteri kayangan
turun mengubati pesakit. Peduang adalah pengamal perubatan tradisional yang
tahu mentera tertentu untuk setiap jenis penyakit.
Dalam teater Saba terdapat elemen-elemen nyanyian, tarian dan dialog
antara Peduang dan Muda Di Awan. Terdapat 36 lagu dengan pelbagai cerita yang
setiap satunya bertujuan dan bermaksud tertentu dalam mengubati pesakit.
Kini, persembahan Saba tidak lagi mengandungi segala unsur yang boleh memesongkan
akidah agar teater ini releven mengikut peredaran masa.
Kampung Surau Kuala Jengal
23000 Dungun
Terengganu
Tel: 019-953 8661/019-900 8491