Dalam pengumuman Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan peningkatan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM3,700 bagi isi rumah dan RM500 bagi individu bujang.
Kebimbangan majoriti rakyat berkaitan dengan meningkatnya kos sara hidup dan peningkatan harga barangan adalah perkara yang telah didengar. Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada isu ini, dengan usaha berterusan dalam memastikan bahawa bantuan yang sesuai diberikan kepada isi rumah berpendapatan rendah.
Penyelarasan semula subsidi telah membawa manfaat dengan memungkinkan Kerajaan untuk lebih memperbaiki dan meningkatkan bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam tahun-tahun akan datang.
Kadar Bayaran STR 2024
STR akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, yang mewakili sekitar 60% daripada jumlah penduduk dewasa di Malaysia.
- Peningkatan sebanyak 2 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada STR, mewakili kenaikan sebanyak 25 peratus daripada peruntukan asal, meningkat dari 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
- Kadar maksimum STR kini ditingkatkan dari RM3,100 kepada RM3,700. (Naik RM600)
- Kadar minimum STR untuk golongan belia juga mengalami peningkatan, meningkat daripada RM350 kepada RM500, (Naik RM150)
Untuk dapatkan kemaskini secara terus berkaitan info bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut
Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.