Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan bayaran bantuan rakyat yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini.
Peka dengan keperluan semasa rakyat, Anwar bersetuju untuk mengagihkan STR Fasa 1 lebih awal daripada jangkaan iaitu pada Januari berbanding bulan sepatutnya, Mac hadapan.
STR Fasa 1 telah mula diberikan secara berperingkat bermula 17 Januari lalu. Kaedah pembayarannya dikreditkan terus ke akaun penerima atau secara tebus tunai di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi meneruskan bantuan STR, kerajaan bersetuju untuk memberi tambahan RM600 kepada penerima program STR. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas.
Selain itu, isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100!
Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion ringgit.
Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.
Selain itu, seramai 2 juta belia 18 hingga 20 tahun, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta.
Semakan status pembayaran dan maklumat terkini mengenai STR akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
Untuk Membuat Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Boleh ke pautan ini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more