Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Ramai yang mengeluh kerana terpaksa menunggu lama sehingga sekurang-kurangnya berumur 55 tahun untuk 'menuai hasil' di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Namun, sebenarnya anda masih boleh 'merasai nikmat’ wang yang anda kumpul di KWSP itu sebelum mencecah tempoh matang yang ditetapkan.
Di sini kami senaraikan empat pengeluaran yang dibenarkan kepada 'pendeposit muda' menerusi Akaun 2.
Pembiayaan RumahKWSP menyediakan kemudahan kepada pencarum yang memerlukan wang deposit untuk membeli kediaman, terutamanya rumah pertama. Antara jenis kediaman yang dibenarkan ialah rumah subsale dan rumah lelong, selain pembinaan rumah sendiri.
Pembiayaan PendidikanKWSP turut membantu meringankan beban pencarum menerusi pembayaran yuran universiti dan kolej. Ia juga terpakai kepada anak-anak pencarum yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Pembiayaan PerubatanPengeluaran Akaun 2 KWSP dibenarkan sekiranya pencarum menghidapi 36 penyakit kritikal bagi membiayai rawatan perubatan.
Pembiayaan Ibadah HajiKWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran bagi membantu mengurangkan kos haji pencarum. Bagaimanapun ia hanya tertakluk kepada pengurusan haji dibawah Lembaga Tabung Haji sahaja.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Fasa 2 Sumbangan ... Read more
Harini ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan ... Read more
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri ... Read more