Project Description

Gabbang merupakan salah satu alat muzik Suluk yang diperbuat dari bamboo jenis Kayawan. Bambu ini dibelah dalam bentuk segi empat panjang dengan semua sisi tidak selari yang diletak dan disusun diatas papagan yang dipisahkan oleh paku kecil antara satu sama lain. Bagi gabbang Suluk terdapat dalam 14 hingga 22 belahan. Papagan berfungsi sebagai kotak bunyi yang diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan motif buinga. Manakala pada sisi atas papagan dihias dengan cermin. Gabbang mempunyai ukuran panjang 20 cm, lebar 51 cm dan tinggi 37 cm. pada bahagian tepi papagan dilingkari kain dan getah sebagai pemisah antara belahan bamboo dengan kayu papagan disamping bole menghasilkan bunyi yang merdu. Iringan muzik gabbang ialah biola. Gesekan biola akan mendayu-dayu mengikut rentak pukulan gabbang yang akan disusuli dengan rangkaian tuni-tunis sperti sumpingku sumping, sakayanku sakayan, andu’ kailu dan lain-lain. Muzik gabbang lazimnya akan dimainkan semasa malam majlis perkahwinan.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051