Project Description

Tarian Gabiluk adalah salah satu tarian tradisional suku kaum Dusun Subpan Segama yang merupakan satu-satunya suku kaum yang hanya terdapat di Daerah Lahad Datu,Sabah sahaja.
Tarian Gabiluk ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan-perayaan seperti pesta kaamatan (runat kalapadan) dan sambut tetamu.Penari lelaki akan memakai pakaian tradisional yang di panggil baju Piak Kawan dan penari perempuan pula akan memakai baju Miglap. Penari akan menari berpasangan dengan diiringi pukulan gong dan irama yang sering di mainkan semasa tarian gabiluk ini di beri nama titik rapat-rapat ,titik pengantin

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051