Project Description

Pesta Gambus adalah pesta tahunan di Sabah sejak tahun 2000 untuk memartabatkan seni muzik gambus dengan tema “Gambus Instrumen Perpaduan”. Gambus sangat sinonim dengan suku kaum Brunei khususnya di daerah Papar. Pada asalnya muzik gambus ini dimainkan adalah untuk upacara perubatan tradisional. Namun sekarang, alat muzik gambus bukanlah lagi untuk pemujaan perubatan moden ataupun ritual tetapi ia telah diubah kegunaannya menjadi alat muzik tradisional yang juga dimainkan semasa majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, malahan dimainkan semasa pelbagai upacara rasmi dan tidak rasmi.

Suatu ketika dahulu, pesta gambus tidak diadakan secara besar-besaran melainkan hanya diadakan sebagai sambutan kecil di peringkat kampung. Kini, pesta gambus diadakan secara besar-besaran.Kebiasaannya, ketika pesta ini berlangsung terdapat beberapa instrumen lain yang dimainkan bersama seperti gendang, kompang dan sebagainya.

Selain itu pesta ini juga diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada suku kaum Brunei seperti Adai-adai.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051