Project Description

Gendang selalunya digunakan untuk melengkapkan sesetengah alat muzik tradisional. Pembuatan alat ini terdiri daripada bahan-bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, rotan dan kayu-kayu penyanggah. Batang pokok nangka sederhana disediakan yang ditebuk di bahagian tengah, Panjannya kira-kira 60 cm. Bantang itu perlu ditegakkan apabila kerja menebuk lubang dimulakan. Ruang penghasil suara yang dibentuk tadi akan ditempatkan di pondok asap yang diperbuat khas agar haba dan asap itu akan menambahkan kemampatan dan ketahanan kayu gendang tersebut. Proses menekap kulit pada bukaan di satu hujung dilakukan setelah kulit diperolehi. Kulit mesti ditekap sebelum kulit menjadi kering.
Kulit yang terlebih diikat dengan lingkaran rotan. Beberapa batang kayu sanggah dimasukkan di antara leher dengan lingkaran rotan untuk menahan ketegangan kulit mengendur. Selepas proses ini selesai, ia sekali lagi dikeringkan semula di pondok asap. Gendang dipalu untuk menghasilkan bunyi. Paluan adalah mengikut rentak irama gendang yang bergantung pada daerah-daerah yang tertentu. Bagi masyarakat Iranun dan Bajau di daerah Kota Belud alat muzik gendang dimainkan bersama iringan alat muzik Kulintangan dan Gong dimajlis-majlis keramaian.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051