Project Description

Gong merupakan alat muzik yang diperbuat daripada tembaga dan mempunyai pelbagai bentuk dan nama. Setiap bentuk gong tersebut mengeluarkan bunyi yang berbeza. Di negeri Sabah, daerah matunggong kudat adalah merupakan empat yang sinonim dengan gelaran “kilang gong”. Alat muzik Gong ini lazimnya digunakan oleh pelbagai suku kaum di negeri Sabah terutamanya di daerah kudat. alat muzik ini digunakan untuk mengiring tarian tradisional seperti tarian Sumundai Mongigol oleh kaum rungus.nama bagi gong-gong yang dipakai adalah Sandangau, Somponukul, Soludon, Pompo, Tontog, Tawag-tawag iaitu dalam bahasa rungus. Gong dianggap sangat suci bagi suku kaum Rungus dan merupakan salah satu barangan yang sangat bernilai. Ini kerana gong digunakan sebagai penutup tempayan yang menempatkan mayat sebelum dikebumikan. Selain itu digunakan sebagai hantaran ataupun berian, jika berlakunya bencana seperti banjir serta kejadian gerhana bulan maka gong ini juga akan dipalu sebagai tanda pemberitahuan atau amaran. Peralatan gong muzik etnik Rungus dikenali tavag 3 biji gong, koritikon (golopison) 1 biji gong, oludon 1 biji gong dan pompo 1 biji gong.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051