Project Description

Tarian Canggung merupakan tarian identiti negeri Perlis yang berasal dari sebuah tarian Makyung Laut. Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di bandar Kangar. Mulai dari persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian rakyat yang masyhur. Variasi tarian canggung ada persamaan dengan tarian Ronggeng, akan tetapi ia mempunyai nilainya yang tersendiri. Keasliannya terletak kepada nyanyian secara berbalas pantun dan cara inilah para penonton mendapat hiburan. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, berjenaka dan sebagainya. Penari-penari akan menari secara berpasangan dan penari-penari puteri memegang sehelai sapu tangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan dengan penari putera. Penari puteri memakai kain batik, baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting yang disanggul. Penari putera memakai baju melayu dan bersongkok. Canggung dipersembahkan ketika musim menuai dan di majlis-majlis perkahwinan dan keramaian.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Encik Novriadi Jamalus
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis
Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis
Tel: 04-9793604

Encik Muhammad Salehudin Moh Esa
Persatuan Kebudayaan Taming Sari
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,
Universiti Teknologi Mara
Kampus Perlis,
02600 Arau, Perlis
Tel: 04-988 2234