Project Description

Tarian ini merupakan adik kandung dalam siri tarian Canggung. Setiap persembahan Canggung akan diganding bersama tarian Cinta Sayang. Asalnya daripada ‘Cinta Hati’ tetapi diubah kerana tariannya menimbulkan rasa kasih dan sayang menerusi variasinya yang lemah lembut dan membelai rasa. Seperti Canggung, tarian ini juga menggunakan pantun dalam nyanyiannya. Penari juga berpasang-pasangan, lazimnya empat pasangan. Terdapat variasi para penari duduk berjengket sambil bertepuk tangan. Manakala seorang penari akan menari sambil mengelilingi penari yang duduk berjengket tadi. Tarian ini juga dipersembahkan ketika musim menuai, di majlis-majlis perkahwinan dan pesta-pesta hiburan.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Encik Novriadi Jamalus
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis
Persiaran Wawasan
01000 Kangar
Perlis
Tel: 04-9793604